Cara memilih kelas online untuk anak masing-masing
Cara memilih kelas online untuk anak masing-masing
1. Kenalpasti tahap anak anda dan pilih kelas berdasarkan bilangan murid.
Anak yang kategori pandai
- Mereka sesuai untuk ikuti semua jenis kelas online (kelompok besar,kelompok sederhana mahupun one to one. Mereka diciptakan mempunyai otak yang cerdas untuk memahami dan membuat latihan dengan tepat.
- Bilangan murid di dalam kelas dan bimbingan dekat tidak menjadi masalah utama bagi mereka. Yang penting cara penyampaian guru jelas dan mudah difahami.Itu sudah cukup untuk membuatkan mereka faham dan boleh membuat latihan dengan betul.
- Jika mereka sertai kelas online small group dan one to one..result mereka akan boom dan berada diranking tertinggi di dalam kelas dalam masa yang singkat.
Anak kategori sederhana
- Bilangan pelajar di dalam kelas dan perhatian guru sangat-sangat mempengaruhi keputusan peperiksaan mereka.
- Biasanya, anak yang sederhana sesuai mengikuti kelas online small group dan one to one. Hal ini kerana mereka boleh mendapat perhatian dan bimbingan lebih dari guru.
- Guru boleh memantau hasil kerja mereka kerana bilangan murid tidak ramai.
Anak kategori lemah
- Sesuai memilih kelas one to one.
- Guru akan fokus pada kelemahan anak dan bantu dengan segera.
- Anak tidak perlu tunggu giliran untuk bertanya, tidak perlu segan dan malu dengan kawan-kawan.
- Jika anak terlalu lebih, sekurang-kurangnya bantu la lulus..Jangan biarkan anak gagal dan terkapai-kapai.
Ulasan
Catat Ulasan